22 Jul 2016

AYAM PANGGANG HOMEMADE YANG GAGAL

ayam panggang


Aku ,Din, Mail dan Usop menyewa rumah di Bukit Tinggi Klang. Budak dari kampung yang masih naif dengan kehidupan moden di bandar.
Pada suatu pagi Din kebetulan sedang bercuti, kami bertiga dengan Usop pergi ke Tesco yang berhampiran rumah sewa membeli barang keperluan .
Semasa sedang pusing keliling Tesco untuk membeli barang barang makanan, tiba tiba Din mengajak aku ke bahagian makanan basah.
"Nak beli tak ayam ni? ayam ni dah dimarinate. Balik rumah tinggal nak masak je . Lagipun rumah sewa kita aku nampak ada oven".Boleh buat panggang!.
Aku pun mengangguk tanda setuju. Terfikir dalam kepala ayam bakar dalam pinggan...Fuhh sedapnya..
Ok, dipendekkan cerita kami sudah balik ke rumah. Dengan rasa tidak sabarnya, Din memasukkan ayam yang dibeli tadi ke dalam pinggan seterusnya ke dalam oven. Tombol oven dipusing sesuka hati.Selepas menunggu kira kira 2 minit ....TING!
Kami bertiga bergegas ke dapur dengan penuh excited dan membuka pintu oven. Alangkah sedihnya ayam masih belum masak.
Aku pun cakap kat Din:
"Kena pusing lama lama sikit kot, cuba kau pusing sampai full".
Din pun menerima cadangan aku. Kami menunggu lagi dengan sabar sambil menonton TV.
Setelah lama menunggu,akhirnya oven tu berbunyi lagi , ting! . Kami sekali lagi bergegas ke dapur.Dalam kepala aku, ayam bakar! ayam bakar! fuhh sedapnya
Lagi sekali kami kecewa. Ayam masih lagi tak masak masak. cuma rasa panas sahaja. Usop dengan selambanya cakap kat kami berdua.
"Aku rasa oven ni dah rosak. Sebab tu panas je, tak boleh masak. Kita goreng je la. Lagipun perut aku ni dah lapar".
Kami akhirnya menerima cadangan Usop itu. Ayam yang ingin dipanggang di dalam oven itu, akhirnya digoreng dalam kuali buruk saja.
Seminggu kemudian, Din kata kat aku
'Kau tau tak Yus oven ni namanya Microvave...tak boleh masak cuma boleh panaskan makanan je" sambil ketawa...hahaha

21 Jul 2016

Netizen Berkongsi Cerita tentang apa yang perlu dibuat sekiranya kereta mengalami kemalangan.




Sudah viral dalam media sosial pengalaman ramai pemilik kereta yang berhadapan dengan kumpulan penarik kereta yang dipanggil longkai.

Pemilik kereta yang berhadapan dengan kemalangan yang disebabkan oleh kenderaan lain sebenarnya mempunyai hak untuk menuntut insuran kenderaan yang dinamakan 'claim loss of use'. 

Namun semasa proses tuntutan ini , pemilik kenderaan perlu menghantar kenderaan mereka yang mengalami kemalangan ke bengkel yang menjadi panel insuran masing masing.

Claim loss of use ini bermaksud pemilik mendapat sejumlah bayaran selama kereta mereka berada dalam bengkel berdasarkan terma terma tertentu seperti tempoh masa mendapat gantian alat ganti dan kadar masa untuk membaiki yang dinyatakan pemilik bengkel kepada penilai. 


          Pendapat 1 
cite dari a to z
pertama sekali jika exsiden dan longkai (penarik kete) dtg dan longkai akan suruh sain dokumen supaya mereka dpt dpt komisen 10%
dan jgnlah kamu sesekali sain dokumen tu dan x perlu risau longkai akan gertak dan momokkan dgn cite sedih itu la ini la,,,jadi apa tindakan anda???
pertama jgn sain dokumen tu,,,
kedua ckp kat dia sy just nk towing shj,,,biasanya caj dalam 200 je
towingkan kereta anda ke balai yg sepatutnya utk ambil repot ( ikut kawasan la)
lepas repot suh longkai tu anta ke bengkel panel yg buat repair haaa yg kene ade pengalaman kalau xde pun xpe just call insurance dan minta alamat panel yg bt repair exsiden
lepas tu hehehe ni part yg best tibalah giliran anda pulan untuk claim 10 peratus dr tokey bengkel
caranya esk adjuster insurance akan dtg bengkel dan kira jumla kerosakan katalah kete mahal bmw ke mercedes ke total repair rm 100000 so anda bole claim 10k dekat tokey bengkel sbb anda da bg job kat tokey bengkel sbb tu la longkai bergaduh sbb nk rebut kete sbb dan duit dr bengkel kete
dan juga bole claim lost of use maximum 3 bulan kot kalau x silap
dan juga hati hati ade bengkel kuat kencing sbb dia dpt claim dr insurance tp dia x tuka barang tu dia just repair je
dan juga hati hati kalau longkai kata hanta kat bengkel saya heheheh tu longkai penipu sbb longkai xde bengkel dia just pancing je,,,
ni pengalaman aku la dulu aku exsiden kete hancus total claim rm 120000
so tokey bengkel tu terpaksa la bg aku 12k komisen dan juga lost of use 3 bulan sbb ambil masa lama untum repair dan longkai hanya dpt duit towing je 180 hahahah mmg panas longkai tu heheheh sbb x berjaya nk makan aku
dan juga call insurance dan suh dia emel detail barang yg sepatutnya tuka lepas tu cek satu satu lepas siap repair kalau kurang satu korang minta duit kat tokey bengkel tu kalau x korang gertak nk bt repot polis sbb dia tipu heheh dulu cina bengkel kene gertak dgn aku terus dia bayar kat aku hahahah
           Pendapat 2 
Mana ada claim lose of use sampai 3 bln... Aku dlu kete kat bengkel 2 bln lebih tp claim lose of use pihak insuran lulus hanya sminggu alasan kete spatutnya boleh disiapkan dlm tempoh tu... Jadi bawa la kereta anda ke bengkel panel sahaja utk dibaiki... Jgn nnti anda kene main..
aya kena btulkan statement ni.. Loss of use boleh di tuntut sekiranya anda dilanggar oleh kenderaan lain ye. Kerana tuntutan tersebut perlu dibuat kepada insurance kereta yang melanggar anda. Itupun jika polis sabit kesalahan itu kepada pihak satu lagi.. Mohon dibetulkan statement ini.. Dan kadar hari bergantung kpd tempoh kenderaan tu dibaiki bukan kereta masuk bengkel smpai keluar bengkel..

Harga Kereta Perodua Bezza Sedan Termurah di Pasaran Malaysia

DI ANTARA MODEL PERODUA BEZZA YANG MENARIK PERHATIAN RAMAI KERANA HARGA YANG BERPATUTAN BAGI SEDAN  (-PIC MILIK PAULTAN.ORG)

Berdasarkan beberapa sumber daripada pihak Perodua sendiri harga kereta Perodua Bezza yang baru dilancarkan baru baru ini memang agak berpatutan. Dari harga paling rendah RM37,300 bagi standard Manual 1.0 ia adalah kereta sedan termurah di pasaran negara kita.

1.       Standard 1.0L Manual      (RM37,300)
2.      Standard 1.0L Automatik (RM39,300)
3.      Premium X 1.3L Manual   (RM42,800)
4.      Premium 1.3L  Automatik (RM44,800)
5.      Advance 1.3L Automatik    (RM50,800)

Mengambil laporan daripada sumber berita online yang aku baca baru baru ini Presiden dan Pengarah Urusan PERODUA, Datuk Aminar Rashid Salleh, 
'Bezza adalah disasarkan untuk pasangan muda yang baharu berkahwin.Harga mampu milik kualiti berciri global pihak Perodua yakin kereta Bezza sedan ini akan mendapat sambutan yang baik!'
Dengan harga yang ditawarkan oleh Perodua untuk kereta sedan pertama mereka ini aku pasti akan berlaku persaingan harga kereta sedan buatan Malaysia selepas ini. Kita tunggu dan lihat Proton yang bakal umumkan kereta gantian Saga BLM dan gantian Persona yang sudah pun tersebar di blog blog dan media sosial. 
        
Petikan daripada Blog Paultan.org yang mengulas kereta Perodua Bezza ini. 


Perodua Bezza, sedan EEV pertama yang dibangunkan oleh pengeluar kenderaan nasional Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dilancarkan secara rasmi sebentar tadi di One World Hotel, Petaling Jaya.
Majlis pelancarannya disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed, dengan diiringi Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin, Presiden Daihatsu Motor Co.Ltd Masanori Mitsui serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Seperti yang sudah pernah kami nyatakan sebelum ini di dalam laporan pandu uji pertamanya, Perodua Bezza, yang dibangunkan berdasarkan model kompak segmen A, Perodua Axia, merupakan kereta sedan pertama yang dibangunkan oleh Perodua di Malaysia, dan untuk Malaysia.

Nama sedan ini diinspirasikan dari perkataan Bahasa Malaysia iaitu ‘Beza’. Dan ini “merupakan apa sebenarnya sedan EEV pertama Perodua – yang jelas berbeza.” Huruf ‘Z’ berkembar dalam nama Bezza ini juga melambangkan angka 22 – Perodua telah pun berada dalam pasaran selama 22 tahun pada tahun ini.

Ya, ia dibangunkan berdasarkan Axia, jadi mungkin ramai yang menganggap ruang kargo Bezza mungkin tidak sebesar mana. Tetapi hakikatnya Bezza memiliki ruang kargo seluas 508 liter! Itu antara kelebihan yang ingin ditonjolkan oleh Perodua untuk produk terkininya ini.

Ketiga-tiga varian juga ditawarkan dengan waranti lima tahun atau 150,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu). Bezza ditawarkan dengan enam pilihan warna termasuk dua warna baharu hanya hanya untuk varian 1.3L iaitu Ocean Blue, Sugar Brown, dan kesemua varian turut mendapat pilihan empat warna sedia ada iaitu Lava Red, Black Ebony, Glittering Silver dan Ivory White.
Dua enjin baharuAntara perkara menarik yang perlu dinyatakan ialah Perodua Bezza ditawarkan dengan dua pilihan enjin baharu; 1.0L VVT-i (dengan ciri VVT-i, dan tambahan 1 hp dan 1 Nm berbanding enjin Axia) dan 1.3L Dual VVT-i, yang lebih maju berbanding enjin 1.3L yang ada pada Myvi.

Bagi model 1.0L, Perodua Bezza dikuasakan oleh enjin 1KR-VE. Ia pada asasnya sama dengan enjin 1KR-DE pada Axia 1.0L, tetapi menerima pelbagai teknologi dan ciri terbaharu serta dibuat di kilang Perodua sendiri di Rawang. Berbanding enjin lama, enjin baharu ini menerima teknologi pemasaan injap bervariasi-pintar VVT-i (sebelum ini Perodua menggelarnya sebagai DVVT), nisbah mampatan yang lebih tinggi serta daya geseran dikurangkan.

Enjin 1.3L pula merupakan enjin baharu sepenuhnya, menggantikan enjin 1.3L K3-VE yang telah digunakan sejak keluaran pertama Myvi 11 tahun lalu. Enjin baharu yang diberi kod 1NR-VE ini merupakan enjin yang sama boleh digunakan pada Toyota Avanza facelift dan diasaskan pembinaannya berdasarkan enjin K3-VE.Menurut Perodua, enjin Bezza adalah 70% sama dengan enjin pada Avanza, berbeza sedikit pada talaan (berikutan berat Avanza dan Bezza yang berbeza) serta pada bahagian cagak enjin (Avanza pacuan belakang, manakala Bezza pacuan hadapan). Kilang pengeluaran bagi kedua-dua enjin ini berkenaan juga berbeza; enjin Bezza dikeluarkan dari kilang enjin Perodua, di Sendayan, Negeri Sembilan.

Hasil gabungan enjin-enjin baharu dengan kotak gear yang dikemaskini, membolehkan Bezza mencapai penggunaan bahan api yang lebih baik. Model 1.3 liter automatik disifatkan mampu mencatatkan penggunaan bahan api 21 km untuk setiap liter, manakala model 1.0 liter manual pula mampu catat 22.8 km untuk setiap liter.

Bagi model 1.0 liter varian automatik pula, ia mampu mencatatkan penggunaan bahan api 21.3 km setiap liter dipandu dengan mod ECE, berbanding Axia yang hanya mencatatkan 20.1 km untuk setiap liter petrol
    

18 Jun 2016

Jambatan Darat Tertinggi Di Malaysia

Laluan Jambatan yang mengubungkan Rawang dan Kuala Lumpur 
bakal mengurangkan kesesakan Bandar Rawang tidak lama lagi



Dengan ketinggian jambatan setinggi 60 meter yang melintasi Hutan Simpan Kancing Tampler Park, Rawang ia merupakan jambatan atas darat yang tertinggi di Malaysia. Projek yang diketuai oleh anak tempatan Haji Radzali Mokhtar yang sudah tentu sangat membanggakan rakyat Malaysia sendiri. 

Jambatan ini menghubungkan Bandar Rawang ke Jalan Rawang berhampiran Hutan Lipur Kancing dan Susur Masuk Lebuhraya LATAR.  

Projek menelan belanja RM198 juta dan dikatakan bakal siap pada tahun 2017 dengan kerja kerja penyambungan masih giat dijalankan sehingga sekarang. 


Kerja kerja menyambung lantai jambatan giat dijalankan 

Pengurus Projek bersama En Johari Hamid 

Ketinggian tiang jambatan Rawang ini 60 meter

Pemandangan yang sangat mengujakan. 
Bakal menjadi ikon bandar Rawang tidak lama lagi.


Sumber: https://www.facebook.com/johari.hamid.

3 Jun 2016

Kisah Mak yang tak suka membazir

botol-air-mineral


Aku rasa kebanyakan orang tua tua dulu termasuklah arwah mak sangat cermat. Jika pulang menziarahi mak di pondok pengajian mak di Jeram Kuala Selangor ,aku perhatikan penuh peti ais mak dengan makanan lama yang sebahagian besar dapat daripada masjid. 

Bahkan ada makanan yang disimpan itu sudah rosak oleh kerana sayangnya mak dengan makanan itu.Begitu juga dengan benda benda lain. Di ruangan dapur mak dipenuhi dengan plastik polestrin yang telah dibasuh,bekas botol air mineral dalam pelbagai saiz yang semuanya dijaga dengan baik oleh mak.

Itulah sikap mak sejak aku kecil. Dia tidak suka membazir makanan. Dia juga tidak suka masak lauk yang banyak jenis yang akhirnya tak habis. Mungkin juga sejarah hidup orang dulu dulu yang agak susah menyebabkan lahirnya perasaan cermat dalam diri mak itu. Kerap kali dia membebel dengan aku bila ada terlalu banyak lauk pauk terhidang di atas meja sewaktu makan. Mak selalu kata 'terbuang nanti ni bukan ramai orangnya nak makan, kenapalah nak masak banyak banyak..membazir..

Jika merenung ke dalam diri sendiri betapa selalunya aku terbazir makanan akibat terlebih beli dan akhirnya makanan itu aku simpan dalam peti ais. Akhirnya apabila tidak dikeluarkan dari peti ais berminggu minggu makanan tersebut akan masuk ke dalam tong sampah. Begitu jauhnya  sifat aku dengan mak.

Allah telah berfirman dengan jelas tentang pembaziran. Bahkan pembaziran tidak hanya berkait dengan makanan sahaja tetapi pembaziran juga meliputi pelbagai aspek lain seperti pembaziran masa,tenaga,wang dan sebagainya. 

Adakah kita telah menggunakan perkara perkara tersebut dengan sebaik mungkin. Bagaimana masa yang kita gunakan setiap hari?,Adakah kita membazir dengan melakukan perkara yang kurang berfaedah?. 

baca fikir amal
YUSRIWAHAB.COM
"Sesungguhnya orang orang yang membazir itu adalah saudara saudara syaitan,sedang syaitan itu pula adalah mahluk yang sangat kufur kepada tuhannya (al-Isra '27)