17 Mac 2012

Apa yang menarik di Cameron Highlands?

Rasanya setiap orang di Malaysia  pasti mengetahui suatu tempat percutian yang diberi nama Cameron Highlands.

Masa kecil dulu pemahaman saya tentang  Cameron Highland ialah tempat itu sangat sejuk seperti negara Eropah .

Kali pertama  saya menjejak kaki ke Tanah Tinggi  Cameron hanyalah ketika berumur 29 tahun. Itupun semasa percutian bulan madu.

Kali kedua saya datang lagi dengan membawa anak, isteri,adik dan pembantu rumah.



Apa yang Istimewa tentang Cameron Highland?

1. Banyak ladang ladang strawberi dan teh yang boleh dilawati. Ada pusat jualan di kebanyakan ladang ladang teh dan strawberi tersebut.

2. Banyak gerai dan kedai kedai yang menjual pelbagai sayur sayuran segar dan pusat jualan cenderamata. Kebanyakan cenderamata  pula bertemakan buah strawberi.

3. Cuaca yang sejuk kerana ia kawasan tanah tinggi. Di sini hotel tidak menggunakan pendingin hawa. Sekiranya nak mandi pula air sangat sejuk seperti baru keluar dari peti ais.Rasa seperti tak nak mandi. Haha.


Setelah 2 hari 1 malam di Cameron Highlands kami pun meninggalkan Tanah Tinggi Cameron dengan perasaan yang gembira. Banyak juga cenderahati yang dibawa pulang untuk dihadiahkan kepada keluarga.




Cameron Highlands
pintu gerbang Cameron Highlands


pertama kali datang ske Cameron Highland selepas kahwin (honeymoon)










Yana dan Angry Birds 



Yana bersama adik ipar dan Darrwsiy di Pasar Malam Brinchang




2 ulasan: