27 Jul 2012

Semak Penyata KWSP secara online


Penyata KWSP bukan sahaja boleh di semak di kiosk KWSP, tetapi ada cara yang lebih mudah iaitu melalui online di portal KWSP di www.KWSP.GOV.MY.



Sebenarnya dengan perkhidmatan online ini , urusan semak penyata KWSP lebih mudah dan cepat tanpa perlu beratur panjang di kaunter atau kios KWSP.Pengguna tak perlu susah susah mencari tempat letak kereta atau mengambil cuti rehat semata mata untuk urusan mencetak penyata KWSP.

Bukan sahaja boleh buat urusan semak penyata sudah tentu penyata KWSP online ini juga boleh di cetak terus dari portal web ini. 

Baiklah, tanpa membuang masa, saya ringkaskan langkah langkah mudah untuk mencipta akaun online ini. Sebenarnya anda juga tidak perlu ke kaunter untuk urusan ini. Hanya memadai menggunakan kiosk kiosk KWSP samada yang berada dalam Pejabat KWSP atau boleh rujuk Senarai Kios KWSP dan Pejabat KWSP Seluruh Malaysia

Kalau yang berada di Kuala Lumpur, di antara pejabat KWSP terdekat ialah Pejabat KWSP Wangsa Melawati.

BACA JUGA DI SINI :  KIOS KWSP NEGERI SELANGOR!
KWSP KINI ADA SKIM PATUH SYARIAH
CARA MENGELUARKAN DUIT KWSP UNTUK BERTUKAR SKIM PENCEN

Langkah Langkah Mudah

1. Datang ke Cawangan atau Kios  KWSP Terdekat. 
2. Daftar di Kiosk KWSP  dan pilih I-akaun (Gunakan kad Pengenalan)
3. Dapat 6 Digit Kod pengaktifan 
4. Login ke http://www.kwsp.gov.my.
5. Pilih pengaktifan i-Akaun-
6.Masukkan No. MyKad dan 6 Digit Kod Pengaktifan lepas tu cipta la password untuk akaun online ni.

Bila dan selesai , anda kini sudah boleh menggunakan perkhidmatan online untuk menyemak akaun KWSP anda.






i-akaun-kwsp