Apa hadiah harijadi sesuai untuk lelaki


Ada sebilangan wanita yang  buntu  mencari idea hadiah harijadi yang sesuai untuk lelaki yang mereka sayangi . Sebenarnya tidak susah untuk mencari hadiah untuk lelaki,

Berikut antara barang barang yang cendolrojak cadangkan sebagai hadiah harijadi lelaki

1. Gajet adalah kegemaran ramai orang masa kini, apakata hadiahkan lelaki yang anda sayangi dengan telefon pintar yang berkualiti sekiranya berkemampuan. Tidak dilupa gajet gajet lain yang sesuai seperti kamera digital dan pelbagai lagi gajet gajet yang diminati lelaki.

2. Pakaian sukan seperti jersi pasukan bola kegemaran lelaki tersebut , kasut jogging atau kasut bola.

3. Peralatan penjagaan kesihatan atau penampilan diri lelaki seperti pisau cukur elektrik supaya lelaki yang anda sayangi sentiasa kemas dan bersih.

untuk lelaki lebih kemas 

4. Baju T-shirt atau kameja  yang berjenama, kalau tak ada jenama pun boleh janji sesuai dan cantik
5. Kasut kulit /tie (khas untuk lelaki yang berkerja di pejabat
6. Buku seperti buku motivasi  yang boleh memberi inspirasi kepada lelaki untuk berjaya. Boleh juga dihadiahkan buku berunsur Islam bagi yang beragama Islam.
7. Minyak wangi adalah hadiah yang biasa diberi sebagai hadiah harijadi.
Minyak wangi popular sebagai pilihan hadiah 

8. Al-Quran Digital(lebih kurang jenis gajet jugak kan?) untuk lelaki tidak lupa untuk membacanya.

Banyak manfaat dan dapat pahala 

9. Pen
10. Jam tangan
11. Wallet.
12. Shades 

0 ulasan:

Catat Ulasan